Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, menganggap kemampuan pasukannya meraih gol pertama berdepan PKNP FC sebagai faktor penting yang membolehkan mereka menang 2-1 dalam separuh akhir kedua Piala FA di Ipoh, malam tadi, dan mara ke final dengan agregat 3-2.
Dollah mengakui mahu melihat Pahang meraih gol awal tetapi PKNP memberi tekanan awal kepada mereka.
Jaringan Austin Amutu pada babak pertama kemudian mengubah situasi perlawanan yang membolehkan Pahang mengawal permainan.
"Saya nasihat kepada pemain supaya kami mendapatkan gol awal. Kalau kami tidak dapat gol awal, saya khuatir PKNP melewatkan masa.
"Apabila kami dapat jaringan itu, di situ saya nampak pemain-pemain betul-betul berdisiplin dalam bertahan dan banyak menumpukan kepada serangan balas," kata Dollah.
Gol kedua jaringan Norshahrul Idlan Talaha kemudian mengesahkan kemenangan Pahang walaupun PKNP merapatkan jurang menerusi sepakan penalti Franklin Anzite pada minit ke-82.
Dalam pada itu, pengendali PKNP, Abu Bakar Fadzim, akur dengan kekalahan pasukannya.
Bagi Abu Bakar, pemainnya sudah berjuang habis-habisan tetapi kelebihan pengalaman Pahang menjadi titik pemisah.
"Kami telah berusaha keras 90 minit tetapi Pahang adalah skuad yang lebih baik dengan memiliki pemain berkualiti.
"Saya berpuas hati dengan pasukan saya yang mara sehingga ke separuh akhir," katanya.