Jurulatih penjaga gol Kedah, Faozi Mukhlas, mengutamakan latihan menghalang hantaran tinggi sebagai persediaan buat penjaga gol utamanya, Mohd Ifwat Akmal, mengatasi sebarang bentuk serangan daripada barisan Dollah Salleh dalam aksi final Piala FA, Sabtu ini.
Faozi tidak mahu sebarang kesilapan kecil daripada penjaga gol Kedah itu menjadi punca skuad Hijau Kuning menggigit jari ketika mereka begitu mengharapkan Piala FA milik Kedah musim ini.
Justeru, pelbagai bentuk serangan daripada pihak lawan telah dijangka Faozi, dengan menegaskan penjaga gol Kedah itu perlu bersedia dengan hantaran tinggi dan serangan balas yang mungkin menjadi pelan utama Pahang.
Dalam apa jua situasi, penjaga gol Kedah, Ifwat perlu bersedia.
"Setiap pasukan yang berdepan Kedah, mereka akan cuba melakukan serangan balas dan sentiasa melakukan hantaran tinggi. Saya berharap Ifwat sudah bersiap sedia menghadapi ancaman Pahang pada Sabtu," kata Faozi.
Ifwat sendiri sudah membuat kajian bagaimana Pahang sering menghasilkan jaringan selain turut melabelkan penyerang import, Matheu Alves dan Mohamadou Sumareh, adalah ancaman utama.
"Pahang kerap menjaringkan gol menerusi percubaan sepakan percuma serta hantaran silang. Alves dan Sumareh sentiasa memberikan ancaman kepada mana-mana barisan pertahanan dan saya berharap untuk memberikan yang terbaik," ujar Ifwat.