Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Faisal Halim tak sangka sudah disenarai

faisal-halim_1.jpg
Kehadiran Faisal Halim di bangku simpanan Selangor malam tadi melonjakkan lagi semangat tuan rumah untuk mengatasi defisit gol Piala FA. 

Faisal tersenarai dalam barisan simpanan sambil Gergasi Merah mengamuk untuk kemenangan 4-1, sekali gus mengatasi Terengganu 6-4 dalam pertemuan separuh akhir kedua di Stadium MPBJ. 

Dia tidak terburu-buru untuk mendapatkan minit permainan sejak menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu, malah terkejut apabila namanya tersenarai dalam skuad 20 pemain. 

 

Bintang kebangsaan itu sebaliknya tetap seronok dengan kemaraan ke perlawanan Piala FA yang bakal diadakan pada 24 Ogos depan.  

"Semalam baru dapat tahu. 

"Apa yang saya boleh bantu ialah dengan semangat sahaja," katanya yang ditemu bual wartawan Astro Arena, Fina Nasrom. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video