Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Dollah bimbang pengalaman anak buah dalam final

dollah-salleh-190517.jpg
Pengendali Pahang, Dollah Salleh, melontarkan keyakinan terhadap kemampuan barisan kendaliannya meraih kejuaraan Piala FA esok sungguhpun tetap menghormati pemangku jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusof.

Berbeza dengan skuad Tok Pahang kendaliannya yang muncul juara Piala Malaysia 2013, Dollah menyifatkan pasukan kali ini adalah barisan baru.

Apapun, Dollah tetap yakin dengan kualiti pemain yang dimilikinya biarpun mereka kekurangan pengalaman di pentas akhir.

"Pasukan saya terdiri daripada ramai pemain muda.

"Tetapi secara individu, saya lihat ramai pemain yang boleh beraksi di peringkat tinggi.

"Dari sudut lain, ramai yang tidak pernah bermain dalam perlawanan akhir.

"Itu yang saya khuatiri," katanya.

Di atas kertas, Dollah memiliki rekod pencapaian lebih cemerlang sebagai jurulatih berbanding Nidzam.

Namun, Dollah tetap tidak memandang rendah kemampuan rakan sejawatannya itu.

"Pengalaman selaku jurulatih, jika nak dibandingkan dengan pemain, memang berbeza.

"Walaupun Nidzam baru dilantik, pemain-pemainnya sudah beraksi bersama dalam tempoh tiga tahun.

"Saya menghormati keserasian mereka."

Advertisement

Must Watch Video