BOLA SEPAK
Piala FA DBI: MBI II juara
Hasrat pasukan Setiausaha Kerajaaan Negeri (SUK) menjuarai Piala FA Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI) tidak kesampaian selepas tumpas 1-3 kepada Majlis Bandaraya Ipoh II (MBI II), semalam.
Perlawanan akhir di Stadium Perak itu tercemar dengan layangan kad merah kepada pemain SUK, Wan Norhisham Wan Nasri, serta aksi kasar di penghujung perlawanan.
SUK membuka jaringan melalui kaptennya, Badruzzaman Tahir, pada minit ke-10 tetapi dua gol anak buah Sooresh Rao itu hadir melalui Nor Hidayat Hasenan (m-40) dan Mohd Denial Azeem Mohd Fauzi untuk MBI II mendahului 2-1.
Iklan
Jaringan di awal babak kedua menerusi pemain terbaik perlawanan akhir, Muhammad Saiful Rizal Termize, memuktamadkan kemenangan 3-1 buat MBI II.
Must-Watch Video