Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala FA bukan Liga Super -- Abu Bakar

abu-bakar-fadzim.jpg
Ketua jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, menyifatkan perjalanan dalam Liga Super tidak boleh disamakan dengan saingan Piala FA ketika pasukannya akan berdepan Perak dalam suku akhir kedua di Ipoh, malam ini. 

PKNP FC dan Perak terikat tanpa jaringan dalam aksi pertama di Manjung, 30 April lalu.

Ia merupakan keputusan yang positif jika mengambil kira prestasi PKNP FC sewaktu dibelasah 4-0 oleh The Bos Gaurus dalam saingan liga, tiga hari sebelum itu. 

Bagaimanapun, Abu Bakar menyedari saingan Piala FA merupakan kejohanan yang berbeza dan sebarang jaringan yang dilakar pasukannya dalam aksi kedua malam ini akan memberikan kelebihan gol di laman lawan.

"Untuk menyamai pencapaian musim lalu, PKNP perlu ke separuh akhir.

"Sepanjang tiga kali menyertai Piala FA, kami sentiasa melayakkan diri ke suku akhir.

"Bagi saya, sepanjang didedahkan dengan Liga Super, Liga Perdana dan Piala FAM, ia merupakan penanda aras untuk kami terus bersaing dalam Piala FA," katanya.

Musim lalu, PKNP FC mencipta kejutan selepas mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada pasukan juara, Pahang.

Selain itu, skuad kendalian Abu Bakar itu juga telah mengikat pemain import baru dari Brazil, Pedro Victor, bagi menggantikan Siyovush Asrorov di posisi pertahanan.

"Kami memperoleh pemain baru dari Brazil yang mampu memperkuatkan barisan pertahanan.

"Saya dapat mengujinya dalam minggu ini, jadi saya harap dia dapat memberikan aksi terbaik," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video