Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Anderson sudah sedia

zac-anderson.jpg
Walaupun dihimpit kecederaan ketika aksi separuh akhir Piala FA, pertahanan Kedah, Zac Anderson, mengakui semakin bersedia untuk berdepan Pahang dalam aksi final, esok.

Bekas pemain bawah 23 tahun Australia ini berkata dia tidak sabar untuk menikmati aksi final pertama dengan Kedah musim ini.

Dia kini beransur pulih daripada kecederaan pinggul yang dialaminya dan bertekad merebut kembali slot kesebelasan utama pasukan.

"Ini sebabnya mengapa saya datang ke Malaysia, saya mahu memenangi piala. Kelab ini juga memiliki sejarah memenangi piala seperti musim lalu," katanya.

"Kami sangat fokus pada ketika ini," jelasnya.

Bekas pemain Sydney FC itu juga sedar Pahang akan mendatangkan tekanan kepada benteng Kedah.

Bagaimanapun, Anderson menegaskan, Kedah perlu bertahan sebagai satu pasukan dan tidak hanya mengharapkan pemain pertahanan menangani ancaman lawan.

Dia percaya,jika Kedah mengekalkan aspek disiplin dalam permainan, hampir pasti kejuaraan Piala FA mampu menjadi milik mereka.

"Kami memiliki persefahaman yang baik dan berusaha keras bersama-sama. Ia bukan tugas mudah tetapi kami akan memberikan yang terbaik," kata Anderson mengakhiri sesi temubual ringkas.

Advertisement

Must Watch Video