Kesakitan pangkal paha dan belakang yang masih terasa memaksa Zachery Anderson lebih berhati-hati kerana bimbang kecederaannya menjadi semakin serius sebelum aksi final Piala FA di antara Kedah dan Pahang di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Pun begitu, pertahanan Kedah itu cuba memberi komitmen bagi membuktikan bahawa dia masih layak untuk diberi peluang beraksi di pentas akhir.
"Ini sukan profesional. Andai beraksi dalam 20 perlawanan, 10 daripadanya diharungi dalam kesakitan. Inilah bola sepak, ini sukan lelaki, sukan lasak dan kadang kala anda perlu beraksi dalam kesakitan.
"Jadi, untuk perlawanan akhir nanti, saya sedia diturunkan. Saya harap kami bersedia untuk memenangi pertemuan ini," kata pemain kelahiran Australia itu
Sekiranya Anderson pulih dalam tempoh terdekat, dia bukanlah pilihan untuk diturunkan pada Sabtu ini memandangkan tahap konsistensi dalam permainannya diragui susulan terlepas tiga aksi Liga Super dan Piala FA.
Sebaliknya, Syawal Nordin merupakan pemain paling layak untuk mengisi kedudukan pertahanan tengah Kedah nanti.
Kecemerlangan Syawal akhir-akhir ini dibuktikan menerusi prestasi cemerlangnya selain tiga perlawanan Liga Super dan Piala FA membuktikan dia layak untuk diberi peluang.
"Kalau diberi kepercayaan, saya akan curahkan aksi terbaik untuk penyokong Kedah dan keluarga. Saya mahu membawa pulang Piala FA ke Kedah," katanya.