Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Amukan Selangor buat penyokong di Paroi pulang awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faisal-halim_1.jpg
Selangor mempamerkan aksi cukup cemerlang dalam kemenangan 4-0 ke atas Negeri Sembilan bagi saingan suku akhir Piala FA yang berlangsung di Paroi sebentar tadi.

Selangor bertandang ke tempat lawan dengan misi membalas dendam susulan tewas kepada lawan sama dalam aksi Liga Super sebelum ini. 

Permainan yang cukup berbahaya ditampilkan sejak permulaan permainan menyaksikan Selangor sentiasa dalam buruan mendapatkan gol. 

Dan gol yang dinanti-nantikan hadir menerusi gol pembukaan pada minit ke-34 yang disempurnakan oleh Faisal Halim. 

Mendahului satu jaringan dijadikan sebagai momentum skuad gergasi merah apabila mereka meneruskan rentak permainan menyerang dalam separuh masa kedua. 

Gol kedua Selangor hadir dua minit selepas separuh masa kedua bersambung, Chrigor Moraes sebelum Zach Clough menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-56.

Selepas mencetak nama selaku penjaring gol pembukaan, Faisal terus merobek gawang Negeri Sembilan seklaigus menjaringkan gol keempat Selangor pada minit ke-63.

Skuad kendalian Nidzam Jamil ternyata gagal mendapatkan sebarang gol dan terpaksa akur dengan kekalahan besar sebelum menghadapi aksi kedua di Kelana Jaya nanti.
Garmin

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video