Skip to main content

Bola Sepak

Piala FA: Alonso selamatkan maruah Blues

chelsea-v-plymouth.jpg
Chelsea terlepas kejutan Piala FA di Stamford Bridge semalam apabila mereka menewaskan Plymouth Argyle 2-1 dalam masa tambahan.

Thomas Tuchel, yang tidak menyertai perlawanan selepas diuji positif COVID-19, menyaksikan pasukannya bangkit daripada tandukan awal Macaulay Gillesphey menerusi gandingan Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso yang tidak dijangka.

Penyudah bergaya Azpilicueta menyamakan kedudukan buat The Blues tetapi tidak sampai minit ke-16 masa tambahan Alonso menjaringkan gol untuk menghantar mereka ke pusingan kelima.

Plymouth hampir memaksa penentuan sepakan penalti tetapi sepakan penalti Ryan Hardie berjaya diselamatkan oleh Kepa Arrizabalaga ketika penamat perlawanan yang penuh dramatik, penjaga gol Chelsea itu berjaya menutup kesilapan yang dilakukan Malang Sarr.
 

Advertisement

Must Watch Video