Skip to main content

Bola Sepak

Piala E-Sukan Malaysia: Vamos juara edisi pertama

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vamos.jpg
Pertarungan epik di pentas akhir Piala E-Sukan Malaysia buat julung kalinya tamat dengan gilang gemilang yang menyaksikan Vamos dijulang sebagai juara pada hari ini. 

Vamos menumbangkan Homebois dalam pertarungan sengit yang berakhir 3-1, sekali gus mengukuhkan status lagi Vamos yang kekal kebal sejak awal saingan.

Kebijaksanaan Vamos dalam memilih watak yang tepat menjadi faktor utama kejayaan mereka dan membolehkan mereka mendominasi lawan pada saat-saat genting. 

Walaupun Homebois memberikan tentangan hebat, Vamos tetap menunjukkan ketangkasan, strategi tepat dan keserasian pasukan untuk merebut gelaran juara.

"Kami lebih bersedia, strategi (global ban) banyak membantu kami. 

"Kami sendiri terkejut dengan persembahan sendiri dalam Piala E-Sukan Malaysia ini walaupun kehadiran ramai pemain import baru dan pencabar bertambah kuat, kami juga rasa mampu menjadi juara MPL pula. 





"Sebelum ini kami kerap menggunakan hero yang sama jadi orang nampak kami kekal begitu.

"Tapi kami kini nampak lebih bersedia dalam kejohanan lebih besar," ketua pasukan Vamos, Zul Hisham atau dikenali sebagai xorn, di Nadi Weekend. 

Kejayaan ini secara tidak langsung memacu dominasi mereka dalam arena e-sukan. 

"Perubahan besar dilakukan kerana kami sangat teliti bermula dari peringkat atasan yang sentiasa mahukan yang terbaik. 

"Setiap kali musim tertutup, kami kaji semula kekurangan musim lalu untuk penambaikan pada musim ini," kata ketua Vamos, Tuan Azrin Izzuddin atau dikenali Avaa.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video