Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Wanita: Trump 'balas serangan' Rapinoe

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trump.jpg
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menempelak Megan Rapinoe selepas ketua pasukan skuad Piala Dunia Wanita 2019 itu mahu menolak jemputan daripada Rumah Putih sekiranya menjulang kejuaraan. 

Rapinoe menyumbat dua penalti ketika membenam Sepanyol kelmarin untuk menghantar juara bertahan itu ke peringkat suku akhir. 

Pemain berusia 33 tahun itu kemudian memberitahu wartawan -- disulami kata-kata kesat -- bahawa dia tidak akan ke Rumah Putih jika AS mengekalkan gelaran di Perancis.

Trump, yang mendedahkan pasukan wanita AS akan dijemput untuk lawatan ke Rumah Putih baik mereka berjaya atau tidak, bertindak balas terhadap kenyataan Rapinoe itu dengan satu siri ciapan yang dimuat naik dalam Twitter rasminya, semalam. 

"Saya seorang peminat pasukan bola sepak AS dan pasukan wanita tetapi Megan haruslah memenangi gelaran terlebih dahulu sebelum merapu!

"Kami belum lagi membuat jemputan kepada Megan mahupun pasukannya tetapi kali ini saya benar-benar mahu menjemput sebuah PASUKAN tanpa mengira sama ada mereka menang atau kalah.

"Megan tidak sepatutnya tidak menghormati negara, Rumah Putih mahupun bendera kami, khususnya atas apa yang telah kami sumbangkan kepadanya dan pasukan. Berbanggalah dengan bendera yang anda pakai. AS meraih pencapaian hebat."

Dia menggelar dirinya sebagai 'bantahan bergerak' dengan mengambil inspirasi daripada bekas pemain 'ragbi' San Francisco 49ers, Colin Kaepernick, yang menentang isu perkauman. 

Pertemuan Norway dan England awal pagi esok akan membuka saingan suku akhir, disusuli aksi Perancis dengan AS, hari berikutnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video