AMERIKA SYARIKAT 2 BELANDA 0
Kapten skuad bola sepak wanita Amerika Syarikat (AS), Megan Rapinoe, memuji rakan sepasukannya selepas muncul juara mengatasi Belanda 2-0 dalam final Piala Dunia Wanita, semalam.
Penyerang berusia 34 tahun itu meledak jaringan menerusi sepakan penalti untuk meletakkan skuad kendalian Jill Ellis itu mendahului Belanda pada minit ke-61 sebelum Rose Lavelle menggandakan jaringan lapan minit kemudian.
Keputusan itu menyaksikan AS berada di kemuncak pentas tertinggi bola sepak wanita buat kali keempat dan Rapinoe, yang sebahagian daripada pasukan menjuarai kejohanan pada 2015, menghargai semangat juang pasukannya.
"Saya tidak berasakan mampu untuk meluahkannya," katanya. "Ia sukar untuk dipercayai.
"Kami telah berusaha keras sebagai sebuah sepasukan.
"Sukar untuk memberitahu perasaan saya.
"Pemain-pemain tidak berputus asa, ia membuatkan kami istimewa. Kami melakukan yang terbaik untuk menang," katanya.
Jaringan Lavelle merupakan yang ketiga dalam kejohanan dan Rapinoe memuji kreativiti pemain tengah berusia 24 tahun itu yang bertindak sebagai tunjang kejayaan AS di samping berpandangan persembahannya dalam final itu merupakan yang terbaik.
"Dia sentiasa menggelecek bola, membuka ruang buat kami semua. Muncul juara dunia merupakan hadiah buat Lavelle.
"Kualiti yang dimiliki membuatkan dirinya seorang bintang."
Pengendali AS, Ellis, beranggapan tahap persefahaman yang tinggi dalam kalangan pemain adalah kunci kejayaan mereka.
Ellis, yang sebelum ini memimpin AS menjuarai Kejohanan CONCACAF Wanita 2014 dan Piala Dunia 2015, berkata, "Mereka telah meletakkan seluruh jiwa dan raga dalam perjalanan ini dan saya mengucapkan terima kasih kepada setiap pemain.
"Tahniah kepada pemain-pemain kerana mereka telah mencipta sejarah."