Penyerang, Megan Rapinoe, berdepan kritikan ketika Piala Dunia Wanita 2019 selepas menunjukkan protes sewaktu menyanyikan lagu kebangsaan dan bintang Amerika Syarikat itu menjelaskan bagaimana dia menangani perhatian negatif media untuk meraih kejuaraan.
Menyinar ketika kemenangan 2-1 ke atas Perancis, Rapinoe berkata dia dapat menyekat hampir kesemua kritikan tatkala meneruskan fokus dengan aksi di atas padang.
"Saya tidak terlalu memikirkannya. Jelas sekali, saya hanya fikirkan tentangnya sedikit -- tetapi tidak pernah memasukkannya dalam setiap hantaran Twitter, jadi saya tidak hiraukannya sekarang," katanya.
"Lupakan perkara itu dan hanya fokus kepada persekitaran pasukan."
Rapinoe kemudian menjelaskan sokongan yang diterima telah menjadikan segala perkara lebih mudah untuk dia fokus dalam permainan.
"Saya mempunyai sokongan penuh di sekeliling saya. Media pasukan membantu saya, begitu juga dengan keluarga, rakan-rakan serta semua orang," tambahnya.
"Jadi, kami hanya perlu bertenang, teruskan kehidupan harian dan cuba dapatkan topik perbincangan. Perkara itu bukan apa yang kami bincangkan."
Sewaktu sesi temu bual dengan majalah Eight By Eight, Rapinoe ditanya mengenai kemungkinan akan melawat Rumah Putih. Dia berkata: "Saya tidak akan menjejakkan kaki ke Rumah Putih."
Kenyataan Rapinoe itu menerima maklum balas daripada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Rabu lalu menerusi Twitter dengan berkata: "Saya adalah peminat setia pasukan bola sepak Amerika Syarikat serta skuad wanita tetapi Rapinoe patut memenanginya terlebih dahulu sebelum bercakap! Jalankan tugas dahulu! Kami belum menjemput dia atau pasukan tetapi kini saya memberikan jemputan buat seluruh skuad, tidak kira menang atau kalah.
"Rapinoe sepatutnya menghormati negara kita, Rumah Putih atau bendera kita, terutama selepas apa yang diraih dia dan pasukan. Berbanggalah dengan lencana yang kamu gunakan. Amerika Syarikat baik-baik sahaja!"
Sejak itu, Rapinoe tetap dengan kenyataannya tetapi memberikan seluruh perhatian kembali ke saingan Piala Dunia.