Pengendali England, Phil Neville, mengecam kekurangan etika yang dipamerkan Amerika Syarikat (AS) selepas beberapa staf mereka datang ke hotel penginapan The Lionesses menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam separuh akhir Piala Dunia Wanita 2019.
AS akan berdepan England dalam perlawanan pertama melibatkan kelompok empat pasukan terakhir di Lyon esok bagi merebut slot ke final Ahad depan.
Beberapa staf pengurusan AS dilihat mengintip dan berada di hotel penginapan skuad England itu sambil skuad kendalian Jill Ellis itu bakal berpindah ke situ sekiranya mereka menundukkan anak buah Neville itu dan mara ke final.
Situasi itu membuatkan Neville berasa tidak senang dan menegaskan tiada sesiapa dalam kalangan staf pasukannya akan bertindak sebegitu.
"Ia bukan satu kerisauan tetapi apa yang boleh saya katakan, ia sesuatu yang tidak akan saya minta daripada staf pasukan," katanya.
"England tidak akan melakukan perkara begitu. Kami gembira dengan hotel kami. Kami berlatih, jadi diharapkan mereka menikmati hotel. Kami tidak melakukan perkara sebegitu, menghantar seseorang ke hotel pasukan lain.
"Namun, itu masalah mereka. Saya pasti Jill mungkin tidak gembira dengan perkara itu kerana itu yang saya rasa jika staf operasi pasukan saya melakukannya. Saya pasti dia akan menyesuaikan diri dengan kemudahan yang diterima dengan penuh disiplin.
"Tiada sempadan ketika perlawanan. Sebenarnya, saya agak lucu melihatnya dan terfikir, 'apa yang mereka lakukan?' Ia bukan etika yang betul, bukan? Saya tidak benarkan perkara itu daripada organisasi saya," katanya lagi.
Bagaimanapun, Ellis mempunyai alasan tersendiri mengenai insiden itu dan berkata ia bukan petanda keangkuhan AS.
"Saya fikir semua orang melakukannya, anda perlu merancang," ujar pengendali berusia 52 tahun itu.
"Dua orang yang memikirkan tentang perancangan pasukan adalah pentadbir pasukan kerana dia akan menempah semua tiket kapal terbang dan segalanya bersama ketua. Kami tidak risau tentangnya.
"Mungkin itu dua orang yang dimaksudkan. Penting untuk menjalankan tugas anda. Daripada segi keangkuhan, saya rasa ia tidak berkaitan dengan kami. Itu adalah perancangan dan persiapan untuk staf kami. Saya rasa ia agak normal."