Penyerang Amerika Syarikat (AS), Alex Morgan, hanya mahu memaparkan kreativitinya ketika meraikan gol kedua pasukannya ke atas England dalam separuh akhir Piala Dunia Wanita di Lyon, awal pagi tadi.
Selepas menjadikan kedudukan 2-1, dia dilihat berlari ke arah rakan sepasukannya sebelum berhenti dan berpura-pura menghirup secawan teh sambil mendongak.
Ia kelihatan seperti dia sedang menyindir pemain England, yang terkenal dengan budaya meminum teh seperti itu.
"Saya hanya mahu menjadikan ia kelihatan menarik. Saya sedar Megan Rapinoe mempunyai gaya keraian terbaik.
"Saya perlu menyerlah dalam perlawanan ini.
"Saya berasakan pasukan ini telah terlalu banyak disulitkan mereka dan kami tidak mengambil jalan mudah untuk ke final kejohanan ini," katanya selepas tamat perlawanan.
Gaya keraian itu mencuri tumpuan peminat seluruh dunia yang memberikan reaksi di Twitter.
AS akan menantikan pemenang di antara Sweden dan Belanda dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, awal pegi esok untuk mencongak perhitungan dalam aksi final manakala England pula akan bertemu pasukan yang tewas dalam perlawanan itu bagi penentuan tempat ketiga.