JERMAN 3 NIGERIA 0
Jerman mengatasi Nigeria 3-0 dalam saingan Piala Dunia Wanita untuk melangkah ke suku akhir di Stade des Alpes, semalam.
Skuad bimbingan Martina Voss-Tecklenburg itu merupakan salah satu daripada lima pasukan yang memiliki rekod cemerlang di peringkat kumpulan dan mereka meneruskan momentum tersebut dengan kemenangan yang dilakar di Grenoble.
Juara dua kali itu memanfaatkan dua ulang tayang video bantuan pengadil (VAR) selepas mengesahkan jaringan Alexandra Popp dan menghadiahkan sepakan penalti tujuh minit kemudian.
Sara Dabritz tenang menyempurnakan sepakan penalti dan Lea Schuller melengkapkan kemenangan Jerman pada minit ke-82 dan bakal bertemu sama ada Sweden atau Kanada dalam suku akhir.
Kegagalan pertahanan Nigeria bermain dengan baik digunakan sebaik mungkin oleh Popp untuk meledak gol dalam penampilannya yang ke-100.
Selepas perlawanan bersambung, pengadil, Yoshimi Yamashita, memberikan sepakan penalti selepas Evelyn Nwabuoku melakukan terjahan ke atas Lina Magull.
Tiada masalah buat Dabritz mengambil sepakan penalti itu dan Schuller melengkapkan kemenangan ketika perlawanan berbaki lapan minit.