Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Usahlah dibutakan dek duit, kata Flick

flick.jpg
Hans-Dieter Flick meluahkan rasa tidak senangnya dengan pemilihan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia tahun ini dan percaya perlu ada kriteria yang lebih ketat untuk menetapkan sesebuah negara penganjur bagi acara sukan global seperti ini. 

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Jerman itu peka tentang sentimen orang ramai sambil menambah walaupun mengutamakan keuntungan memandangkan temasya global seperti ini memerlukan kos, tetapi ia masih boleh dielakkan menerusi rangka kerja yang lebih cekap. 

"Ia tidak semestinya mengenai wang," kata Flick kepada majalah Jerman, Stern. 

“Baru-baru ini kami telah mengadakan Piala Dunia di Russia, Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing dan Piala Dunia di Qatar pula pada November depan -- ia sentiasa mengundang kritikan hebat.

"Itulah sebabnya saya katakan -- kami perlu memikirkan tentang calon negara ini dengan lebih awal dan menentukan kriteria yang lebih terperinci bagi mengelak perkara yang tidak menyenangkan ini."

Mengenai sama ada Jerman sedia memboikot Piala Dunia Qatar di sebalik Die Mannschaft telah pun layak, Flick mempersoalkan apakah manfaat daripada tindakan itu. 

"Ia tidak akan membantu rakyat di Qatar," katanya. 

"Kami mahu mengambil bahagian kemudian menghantar isyarat. Saya rasa ia lebih berkesan.

"Bagi kebanyakan atlet Piala Dunia, ia adalah salah satu kemuncak kerjaya mereka. Jadi tindakan memboikot akan merampas impian mereka."

Advertisement

Must Watch Video