Toni Kroos berhasrat untuk menamatkan kerjayanya di Real Madrid dan bekas pemain antarabangsa Jerman itu tidak akan mengubah pendiriannya bersara daripada pasukan kebangsaan menjelang Piala Dunia Qatar 2022.
Perancang veteran itu telah melengkapkan anugerah utama bersama gergasi LaLiga berkenaan sejak tiba dari Bayern Munich pada 2014 yang menyaksikannya membantu Die Mannschaft menjulang Piala Dunia di Brazil.
Namun, selepas menggantung kasutnya bersama pasukan kebangsaan sebaik tersingkir daripada pusingan 16 terakhir Euro 2020 di tangan England, tahun lalu, Kroos mungkin disangka akan mengubah hati.
"Saya percaya bahawa tahun 2023 adalah sesuai (untuk bersara)," katanya kepada Bild.
“Saya akan berumur 33 tahun.
"Saya bakal memutuskan sama ada saya akan memperbaharui kontrak untuk setahun dua lagi, Perbincangan masih terbuka tetapi saya benar-benar yakin bahawa saya akan bersara di Real Madrid."
Kroos tidak akan mengubah keputusannya untuk meninggalkan pasukan kebangsaan dan pemain dengan 106 penampilan itu langsung tiada hasrat untuk diserapkan dalam Hansi Flick.
"Keputusan yang saya buat sebelum ini kekal," tambahnya.