Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, berharap keajaiban Atlas Lions ke separuh akhir Piala Dunia di Qatar mampu menanam keyakinan buat generasi akan datang agar Maghribi tidak lagi berasa rendah diri.
Selepas menyingkirkan Sepanyol menerusi penentuan sepakan penalti dalam pusingan 16, Maghribi merupakan pakej kejutan terbesar dan anak buah Walid Regragui itu sekali lagi mengulangi kehebatan mereka dengan menewaskan Portugal 1-0 di Stadium Al Thumama, tengah malam tadi.
Tandukan Youssef En-Nesyri dalam separuh masa pertama menjadi pemisah perlawanan untuk memastikan Maghribi muncul wakil Afrika pertama yang mara ke separuh akhir di pentas itu.
Walaupun jaringan En-Nesyri itu terbukti penting, Maghribi tidak akan bertahan sekiranya bukan kerana ketangkasan Bounou dalam mematahkan percubaan pihak lawan termasuk menafikan usaha Joao Felix dan Cristiano Ronaldo di penghujung perlawanan, secara tidak langsung mengangkatnya sebagai Pemain Terbaik Perlawanan.
Penjaga gol Sevilla itu masih terkejut tetapi dia dan menuntut pasukannya supaya meneruskan kecemerlangan mereka demi mencetuskan inspirasi untuk generasi akan datang.
Bounou, yang membuat penampilan ke ke-50 tengah malam tadi, memberitahu wartawan: "Kami berada dalam keadaan yang sama seperti anda. (Tolong) cubit saya, saya rasa saya sedang bermimpi!
"Tetapi seperti yang dikatakan jurulatih kami, kami di sini untuk mengubah mentaliti. Perasaan rendah diri yang kami miliki ini perlu disingkirkan.
“Seorang pemain Maghribi boleh berdepan dengan sesiapa sahaja di dunia.
"Perkara yang paling penting adalah kami sendiri telah mengubah mentaliti ini dan kini generasi selepas ini akan sedar bahawa pasukan Maghribi boleh mencipta keajaiban.
"Sangat sukar untuk mencari perkataan sesuai bagi menggambarkan detik ini. Kesemua anggota pasukan, penyokong di belakang kami, ini sahaja yang saya ada.
"Semua pemain mempamerkan persembahan cemerlang. Kami mengalami kecederaan, semua pemain di atas padang berada di tahap tertinggi. Sukar untuk menggambarkan kegembiraan ini."
Bounou juga tidak selesa untuk dihujani pujian peribadi selepas ditabalkan Pemain Terbaik Perlawanan, sekali gus menjadi penjaga gol dari Afrika yang pertama yang mengekalkan tiga perlawanan tanpa dibolosi dalam Piala Dunia.
Dan bukan anugerah itu yang mahu dibanggakan, sebaliknya harapan bahawa rakyat Maghribi untuk melihatnya sebagai sinar harapan dalam laluan menuju ke final.
"Saya meraih anugerah ini kerana saya mempunyai pemain yang hebat di samping saya. Kesemua mereka, semuanya di atas padang adalah hebat," sambungnya.
"Apabila seseorang mendengar tentang pemain Maghribi, sekarang mereka mungkin sudah sedar bahawa mereka sebenarnya mampu beraksi di peringkat tertinggi. Inilah yang membuatkan saya bangga."

3 - Yassine Bounou, who made his 50th appearance for Morocco tonight, is the first African goalkeeper to record three clean sheets in a single edition of the World Cup. Heroic. pic.twitter.com/xW3DEN6LAL
— OptaJoe (@OptaJoe) December 10, 2022