Lionel Scaloni berkata Lionel Messi berazam untuk menikmati Piala Dunia terakhirnya dan akan mencurahkan segala-galanya demi menamatkan penantian selama 36 tahun Argentina untuk menjulang trofi itu.
Argentina kali terakhir dinobatkan sebagai juara dunia ketika Diego Maradona mencetuskan inspirasi kejayaan di Mexico pada 1986 dan sejak itu mereka tumpas dalam perlawanan akhir 1990 dan 2014.
Scaloni berkata tiada siapa boleh menjanjikan pasukan itu akan menikmati kejayaan di Qatar sambil mengatakan bahawa bola sepak kadangkala tidak adil.
Namun, dia masih berasakan keinginan Messi yang membara pada usia 35 tahun --- kekurangan trofi Piala Dunia dalam rekod kerjayanya -- selepas memenangi deretan kejuaraan bersama Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG) termasuk tujuh anugerah Ballon d'Or.
Kejayaan dalam Copa America tahun lalu menghadiahkan Messi trofi antarabangsa sulungnya tetapi Piala Dunia tetap yang paling diidam-idamkannya.
"Saya lihat dia sama seperti biasa, sangat bagus dan tidak sabar untuk menikmati Piala Dunia," katanya di Abu Dhabi malam tadi.
"Dia sedar dengan apa yang dimaksudkan untuk menyarung jersi ini dalam Piala Dunia.
"Dia dan rakan sepasukannya benar-benar menikmati kemudahan latihan dan tempat tinggal kami di sini. Saya fikir proses itu penting."
Messi, yang memenangi Bola Emas pada 2014 sebagai pemain terbaik kejohanan, baru-baru ini memuji Scaloni atas kepimpinan serta pengurusan kemanusiaannya dan mereka saling menghormati antara satu sama lain.
"Saya fikir ia mencerminkan hubungan baik yang kami ada dan bagaimana saya sebagai jurulatih," tambahnya.

You can always count on @Argentina for some highlight reel goals ???#FIFAWorldCup pic.twitter.com/XGOdAU5GAK
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) November 14, 2022