Legenda Brazil, Ronaldo, berkata pencapaian luar biasa Lionel Messi tidak bermakna dia layak menjuarai Piala Dunia dan ketua pasukan Argentina itu perlu bekerja keras untuk menikmati kejayaannya.
Messi mencipta satu gol dan satu bantuan jaringan ketika Argentina mengatasi Belanda menerusi penentuan sepakan penalti dalam pertembungan suku akhir, jadi dia berharap untuk membawa La Albiceleste ke final Piala Dunia buat kali keenam apabila bertemu Croatia dalam separuh akhir, awal pagi esok.
Penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu telah memainkan peranan penting di Qatar menerusi enam sumbangan gol -- empat gol dan dua bantuan jaringan.
Messi telah menyumbangkan gol dan bantuan jaringan dalam dua perlawanan berbeza dalam edisi kali ini, namun sejak 1966 tiada pemain yang pernah melakukannya sebanyak empat perlawanan.
Sambil memuji prestasi Messi, Ronaldo memberi amaran untuk menjulang Piala Dunia, ujian tidak akan datang dengan mudah buat pemilik tujuh Ballon d'Or itu.
"Kami semua berhak menjulang. Tiada siapa yang memberi anda laluan mudah di sebalik kisah hebat anda," kata Ronaldo kepada pemberita malam tadi.

"Argentina tidak beraksi dengan baik tetapi mereka bermain secara sepasukan, mereka agresif dan kemudian ada Messi yang begitu tajam apabila berada berdekatan dengan kotak penalti. Dia kini kurang melakukan pecutan berbanding sebelum ini.
"Pada awal kariernya dia melakukan 30 gerakan sebegitu dan kini dia hanya menjelmakannya 10 kali dalam sesebuah perlawanan, tetapi dia masih berbisa. Sebaik sahaja dia mendapat bola dan melihat ruang atau berada di kawasan itu, dia adalah pembunuh.
“Adakah saya akan gembira jika Messi memenangi Piala Dunia? Sudah tentu, saya akan gembira bagi pihaknya tetapi wujud saingan besar di antara Brazil dan Argentina.
"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dengan mengatakan bahawa saya akan gembira untuk Argentina, ia tidak benar!"