Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Paul Pogba mula turun padang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pogba.jpg
Paul Pogba kembali menjalani latihan bersama Juventus -- kira-kira sebulan menjelang sepak mula Perancis dalam Piala Dunia di Qatar. 

Kepulangan pemain tengah itu ke pangkuan Juve bermula dengan mimpi ngeri berikutan masalah meniskus di lutut kanannya.

Kecederaan itu menghalang Pogba daripada membuat penampilan kompetitif bersama Bianconeri sejak angkat kaki dari Manchester United.

Pogba kembali berlatih bersama rakan sepasukan semalam dan kelab itu mendedahkan pemain tersebut sedang berlatih dengan "sebahagian" skuad ketika aksinya dapat dirakamkan. 

 

Ia berita baik buat gergasi Serie A dan Perancis tatkala mereka bakal memulakan kempen mempertahankan trofi Piala Dunia menentang Australia. 

Pengesahan kepulangan Pogba itu hadir selepas ketua jurulatih Les Bleus, Didier Deschamps, menyatakan dia perlu memastikan pemain berusia 29 tahun tersebut cergas sepenuhnya sebelum menamakannya dalam skuadnya.

Bercakap selepas menghadiri majlis Ballon d'Or semalam, Deschamps memberitahu Sport Mediaset: "Programnya berjalan lancar. Yang penting dia sembuh, saya fikir dia akan sembuh dan ini sudah pun menjadi berita baik.

“Kemudian akan timbul persoalan sama ada dia kelihatan bersedia memandangkan sudah lama dia tidak bermain.

"Tetapi saya ulangi, sebelum memikirkan sama ada saya mahu menyenaraikannya, dia haruslah sembuh terlebih dahulu."

Advertisement

Must Watch Video