Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Livakovic gembira ulangi kejayaan penjaga gol Croatia empat tahun lalu

dominik-livakovic_beld9wsrq1fc1wm8mjzov1ykb.jpg
Penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic, menampilkan satu lagi aksi cemerlang di penentuan penalti, dan gembira kerana dapat mengikut jejak langkah penjaga gol terdahulu.

Livakovic menafikan tiga percubaan penalti ketika Croatia menang 3-1 selepas perlawanan terikat 1-1 berdepan Jepun di Stadium Al Janoub untuk mara ke suku akhir bertemu Brazil.



Usahanya mirip apa yang dilakukan Danijel Subasic, yang turut menafikan tiga percubaan ketika Croatia mengatasi Denmark di peringkat sama empat tahun lalu di Russia.

"Itulah apa yang selalu Croatia lakukan," kata Livakovic. "Anda dapat melihatnya empat tahun lalu. Saya meneruskan tradisi kami dan berjaya menggunakan maklumat hasil analisis yang dilakukan sebelum ini.

Croatia gagal bermain dengan baik dalam separuh masa pertama apabila ketinggalan menerusi jaringan Daizen Maeda. Ivan Perisic menyamakan kedudukan 10 minit selepas perlawanan bersambung di separuh masa kedua.

"Ia penting untuk menang, tetapi ia sentiasa lebih mudah untuk menyelesaikan permainan dalam masa 90 minit kerana penalti adalah berisiko," tambah Livakovic.

"Kali ini penalti berfungsi dengan baik untuk kami. Saya tidak fikir ia sukar untuk menafikan percubaan pasukan lawan. Kami melakukan analisis sebelum perlawanan ini."
 
 

Advertisement

Must Watch Video