Hansi Flick berkata Jerman perlu memenuhi jangkaan tinggi untuk menghasilkan impak besar dalam Piala Dunia 2022 walaupun diundi dalam kumpulan sukar termasuk Sepanyol.
Dalam majlis undian di Doha tengah malam tadi, Die Mannschaft bakal berhitung dengan Sepanyol, Jepun dan sama ada Costa Rica atau New Zealand di Qatar, hujung tahun ini.
Sepanyol menewaskan Jerman 6-0 dalam pertemuan terakhir Liga Negara-Negara (UNL) pada November 2020 sementara Jepun pula lolos ke pusingan 16 edisi di Russia, empat tahun lalu.
Flick akan mengendalikan negaranya dalam kejohanan besar buat julung kalinya dan walaupun dia sedar hasil undian sukar itu, bekas pengurus Bayern Munich tersebut tetap yakin dengan keupayaan juara empat kali berkenaan.
Dia berkata: "Ia adalah satu kumpulan yang menarik, tugasnya tidak mudah. Tetapi kami mempunyai rancangan besar, kami perlu memastikan kami menang. Tiada sebarang kumpulan mudah.
"Kami gembira tetapi kami perlu bersedia dari awal. Kami mahu mara sejauh mungkin, sebaik-baiknya ke final. Kami menaruh harapan tinggi terhadap kejohanan ini."
Flick menambah: "Jepun merupakan sebuah pasukan yang sentiasa layak ke Piala Dunia, ramai pemain mereka membintangi Bundesliga. Oleh itu, mereka berkualiti tinggi. Kami memang mahu mengatur perlawanan persahabatan menentang Jepun tetapi nampaknya ia tidak akan berlaku.
"Semua pasukan dalam kumpulan ini telah berkembang dan mempunyai sesuatu yang istimewa untuk ditawarkan."
Jerman menduduki tangga tercorot kumpulan dalam Piala Dunia lalu selain terkandas dalam pusingan 16 Euro 2020 apabila dikecewakan England tahun lalu.
Bagaimanapun, penjaga gol, Manuel Neuer, optimis kali ini mereka mampu menjadi pasukan digeruni.
"Tidak dapat dielakkan lagi bahawa kami akan mendapat lawan yang mantap," katanya.
Neuer menambah: "Kami tidak mencipta sebarang kegemilangan dalam kejohanan kebelakangan ini jadi kami mahu menebusnya."

The #FIFAWorldCup groups are set ?
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) April 1, 2022
We can't wait! ?#FinalDraw pic.twitter.com/uaDfdIvbaZ