Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Itali patut diberi kelayakan automatik, kata Mancini

mancini.jpg
Itali berhak dihadiahkan tiket kelayakan automatik ke Piala Dunia 2022 memandangkan status mereka sebagai juara Eropah, menurut ketua jurulatih, Roberto Mancini.

Itali menduduki tempat kedua di belakang Switzerland di peringkat kumpulan kelayakan sebelum tumbang mengejut kepada Macedonia Utara dalam play-off separuh akhir, Mac lalu.

Ini bermakna Itali terlepas dua temasya Piala Dunia berturut-turut selepas gagal ke Russia 2018 di sebalik meraih gelaran Euro 2020.

Bagaimanapun, Mancini menegaskan Azzurri tidak sepatutnya melalui proses kelayakan untuk ke Qatar selepas menakluki kejohanan peringkat benua, tahun lalu.

 

“Bukan sahaja juara Eropah malah buat pemenang di setiap benua,” tambahnya dalam wawancara dengan Corriere Della Sera. 

“Saya mengatakannya demi kebaikan bola sepak.

"Begitu juga buat sesiapa jua bagi juara edisi sebelum ini, mereka harus layak. 

"Dulu memang begini. Bola sepak tidak akan menetapkan sebarang keputusan baik demi diri sendiri."
 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found