Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia Qatar: Embolo paksa Cameroon telan kekalahan kelapan berturut-turut

embolo__1.jpg
SWITZERLAND 1 CAMEROON 0

Breel Embolo menjaringkan gol tunggal Switzerland ke atas negara kelahirannya, Cameroon, untuk mencatatkan kemenangan 1-0 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G, Piala dunia Qatar di Stadium Janoub sebentar tadi.

Penyerang kelahiran Yaounde itu enggan meraikan jarinyannya pada awal  babak kedua itu tetapi penjaga golnya turut menjadi faktor penting dalam memberikan pasukan bimbingan Murat Yakin berkenaan memberikan lawan mereka kekalahan kelapan berturut-turut dalam Piala Dunia.

Cameroon jelas menguasai permainan dalam babak pertama dan penjaga gol, Yann Sommer, menjadi individu paling sibuk mempertahankan gawang Switzerland sepanjang tempoh itu.

Bagaimanapun, penyerang Monaco, Embolo, mengubah nasib pasukannya, hanya tiga minit selepas perlawanan bersambung, apabila menyudahkankan lintangan rendah Xherdan Shaqiri dari sebelah kanan.

Switzerland seterusnya akan berdepan cabaran paling berat apabila bertemu pasukan pilihan, Brazil, awal pagi Selasa ini manakala Cameroon pula akan menghadapi Serbia dalam satu lagi perlawanan Kumpulan G.
 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found