Valencia berjaya menjaringkan gol pada minit kedua namun ia dibatalkan VAR ekoran berada dalam kedudukan ofsaid di Stadium Al-Bayt, namun Qatar gagal untuk membaca amaran awal pasukan itu.
Kapten yang penuh klinikal itu menjadi penjaring gol terbanyak Ecuador di pentas Piala Dunia dengan merekodkan gol yang keempat dengan membuka jaringan menerusi sepakan penalti sebelum menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama.
Qatar bagaimanapun berusaha mencari jalan untuk menghadirkan sesuatu dalam penampilan pertama mereka di pentas Piala Dunia, namun gagal melakukan sebarang percubaan tepat ke sasaran ketika Ecuador mempamerkan permulaan yang cemerlang dalam Kumpulan A.
5 - Enner #Valencia has scored each of Ecuador's last five goals at the #FIFAWorldCup - the record is held by Eusébio (Portugal 1966), Paolo Rossi (Italy 1982) and Oleg Salenko (Russia 1994) who scored six in a row of their nation. Centre. pic.twitter.com/F15hp6LOVg
— OptaFranz (@OptaFranz) November 20, 2022