Gabriel Batistuta memberi galakan kepada Lionel Messi agar memintas rekodnya sebagai penjaring gol terbanyak Piala Dunia buat Argentina menjelang pertemuan separuh akhir La Albiceleste dengan Croatia, awal pagi Rabu ini.
Skuad kendalian Lionel Scaloni itu mengesahkan penampilan keempat Argentina dalam separuh akhir sejak 1986 -- jumlah yang hanya di atasi Jerman (enam) -- selepas menewaskan Belanda 4-3 dalam penentuan sepakan penalti selepas sama handal 2-2, semalam.
Argentina paling menyerlah dalam penentuan sepakan penalti berbanding mana-mana pasukan lain dalam sejarah Piala Dunia iaitu sebanyak lima kali, manakala kekalahan tunggal mereka ketika berdepan Jerman dalam suku akhir 2006.
Messi menjaringkan gol dari jarak 12 ela itu untuk gol ke-10 peribadinya dalam pusingan akhir bagi menyamai rekod Batistuta.
Bagaimanapun, bekas penyerang handalan Fiorentina dan Roma itu -- yang kekal sebagai satu-satunya pemain yang melakar hatrik dalam dua Piala Dunia berbeza (1994 dan 1998) -- amat menyanjungi pemain Paris Saint-Germain (PSG) berkenaan sambil berharap dia dapat menokok lebih banyak gol.
"Buat Leo, tahniah!" siar Batistuta di Instagram.
"Saya memegang rekod ini selama 20 tahun dan menikmatinya. Kini adalah menjadi satu penghormatan dan keseronokan untuk berkongsi dengan anda dan dengan sepenuh hati saya berharap anda dapat mengatasi dalam perlawanan seterusnya."
Argentina akan bertemu Croatia di Stadium Lusail, awal pagi Rabu ini, dalam pertemuan Piala Dunia ketiga di antara kedua-dua negara.
Argentina menang 1-0 dalam fasa kumpulan edisi 1998, manakala Croatia menang 3-0 di peringkat yang sama di Russia empat tahun lalu.