OMAN 0 JERMAN 1
Hansi Flick gembira melihat Niclas Fullkrug meledak gol dalam penampilan sulungnya bersama Jerman, tetapi mengakui pasukannya jauh daripada prestasi terbaik ketika menang 1-0 ke atas Oman.
Permainan pasukan pelawat kurang lancar di Muscat dalam perlawanan pemanas badan menjelang Piala Dunia di Qatar apabila terpaksa bergantung kepada jaringan pemain gantian itu pada minit ke-80 untuk mencipta kemenangan.
Walaupun Die Mannschaft bukanlah satu-satunya pasukan yang menghadapi keletihan di sebalik penganjuran temasya itu di pertengahan musim, prestasi hambar mereka ketika berdepan skuad kerdil tersebut mungkin menyerlahkan lagi kesukaran yang bakal ditempuhi mereka, Isnin ini.
Flick memuji penyerang Werder Bremen itu yang memenangi penampilan pertamanya selepas meledak 10 gol dalam 14 perlawanan Bundesliga musim ini sebelum meluahkan kekhuatiran terhadap persembahan anak buahnya.
"Fullkrug berhak mencetak gol itu," katanya kepada RTL selepas kemenangan sebentar tadi.
"Dia juga mempunyai dua atau tiga percubaan lagi. Anda dapat berasakan bahawa sebaik dia berada di atas padang, barisan hadapan mula mengancam."
Jerman hanya memenangi 38.4 peratus daripada perebutan bola dengan Oman, lantas ketua jurulatih itu menuntut prestasi lebih baik daripada barisannya dalam kempen Piala Dunia selain tidak menolak bahawa pemainnya berkemungkinan ingin mengelak kecederaan.
"Jika anda melihat bagaimana kami mengendalikan perlawanan ini, ia bukanlah tahap yang kami mahukan dalam Piala Dunia.
"Tetapi kami juga faham bahawa tiada siapa yang mahu mencederakan diri mereka sendiri."
Flick kehilangan pertahanan, Lukas Klostermann, dalam separuh masa pertama dan tonggak RB Leipzig itu baru sahaja pulih daripada masalah ligamen lutut.
Jerman bakal membuka tirai kempen Piala Dunia menentang Jepun pada Rabu depan sebelum perlawanan Kumpulan E seterusnya berdepan Sepanyol dan Costa Rica.

No. 9️⃣ ??#OMNGER 0-1 pic.twitter.com/YlLmdrr7UP
— Germany (@DFB_Team_EN) November 16, 2022