BOLA SEPAK
Piala Dunia Kelab: Kerjaya sebenar pemain amatur Auckland City jadi tumpuan selepas dibelasah Bayern
Rata-rata pemain kelab Auckland City perlu mengambil cuti tahunan malah sanggup mengambil cuti tanpa gaji demi impian beraksi dalam pengenalan Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat.
Walaupun Auckland City -- yang layak menerusi kejuaraan Konfederasi Ocenia -- menjadi belasahan Bayern Munich 10-0 pagi tadi, namun mereka tetap bangga untuk bersaing dengan gergasi Bundesliga itu.
Perumpamaan kedua-dua ini ibarat langit dan bumi memandangkan rata-rata tonggak Auckland terdiri daripada kalangan pemain amatur.
Iklan

Berbanding dengan Auckland FC yang memilih untuk bersaing dalam kancah di Australia, City sebaliknya beraksi dalam Liga Utara New Zealand.
Ketua pasukan City, Mario Ilich, merupakan pengurus kepada sebuah syarikat minuman gergasi.
Sebelum masuk kerja, rutinnya adalah membabitkan latihan ringan sebelum memulakan kerjanya dan pada petangnya, dia akan menyertai sesi latihan pasukan pula.
Sementara itu, penjaga gol, Conor Tracey, mempunyai kerjaya tetap di sebuah gudang syarikat farmaseutikal.
Rakan sepasukan, Dylan Manickum, juga bertindak sebagai ketua pasukan pasukan futsal New Zealand.
Tapi kerja hakikinya adalah sebagai pembantu jurutera di sebuah syarikat.
Must-Watch Video