Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia ISTAF: Regu kedua Malaysia serba tidak menjadi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

regu-kedua.jpg
MALAYSIA 1 THAILAND 1 

Thailand membuatkan penyokong sepak takraw Malaysia semakin berdebar apabila mengheret acara berpasukan ke babak regu penentuan acara berpasukan Piala Dunia ISTAF di Stadium Tititwangsa, sebentar tadi. 


Malaysia seperti serba tidak menjadi walaupun pada awalnya fikiran pemain seperti berkecamuk angkara kekalahan regu pertama mereka.

Namun, tugas itu gagal dilaksanakan Haziq Nizam (tekong), Amirul Zazwan Amir dan Noraizat Nordin apabila hilang tempo sejurus memasuki pertengahan set pertama untuk kekalahan 8-15. 

Senario yang menyaksikan pemain negara kurang kemas dalam gelanggang itu berterusan dan longlai dengan 15-5, malah hanya satu servis ace dan tujuh rejaman sahaja dicatatkan sepanjang aksi ini. 












 

Advertisement

Must Watch Video