Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dunia 2026: FIFA terus terima tekanan gesa haramkan Israel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fi.jpg

Desakan terhadap Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) supaya menggantung penyertaan Israel ke Piala Dunia 2026 semakin memuncak apabila Sepanyol mengugut untuk memboikot kejohanan itu jika Israel layak beraksi.

Menurut laporan SportBible.com, tekanan terhadap FIFA dan Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) semakin meningkat sejak konflik Israel-Palestin kembali memuncak pada Oktober 2023, dengan Amnesty International turut menggesa tindakan penggantungan diambil.

Advertisement

Bagaimanapun, mesyuarat Majlis FIFA di Zurich pada Khamis ini dilaporkan tidak memasukkan isu Israel dalam agenda rasmi, sekali gus memastikan tiada sebarang undian dapat dijalankan bagi memenuhi tuntutan itu.

Timbalan Presiden FIFA yang juga Presiden CONCACAF, Victor Montagliani berkata kedudukan Israel adalah di bawah tanggungjawab UEFA dan bukannya FIFA.

“Pertama sekali, Israel adalah ahli UEFA.

"Sama seperti saya berurusan dengan ahli dalam rantau saya, mereka perlu menguruskan hal itu,” katanya kepada SportBible.com ketika menghadiri sidang persidangan perniagaan sukan pada Rabu.

 

Sementara itu, laporan media antarabangsa itu turut mendedahkan beberapa tokoh kanan UEFA sebelum ini berusaha mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif bagi membincangkan isu larangan penyertaan Piala Dunia 2026 terhadap Israel.

Bagaimanapun, rancangan itu ditangguhkan selepas pengumuman pelan damai oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - Sinar Harian

Palestine

Bersama Palestine

Palestine scarf bukan sekadar aksesori, tapi lambang kebersamaan untuk mereka yang ditindas.


Dapatkan Sekarang

Must Watch Video