Skip to main content

Bola Sepak

LaLiga: Israel pembunuh! Penyokong Sevilla kecam pemain baru Villarreal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fans-sevilla.jpg
Laungan "Israel pembunuh!" bergema di Ramon Sanchez-Pizjuan apabila penyokong Sevilla mengecam pemain baru Villarreal, Manor Solomon, dalam aksi LaLiga semalam.

Video insiden berkenaan dikongsikan wartawan sukan terkenal, Leyla Hamed.

Solomon merupakan pemain pinjaman daripada Tottenham Hotspur dan kehadirannya ke dalam pasukan Villarreal turut dikritik penyokong kelab Sepanyol itu sendiri, yang menyifatkan pihak pengurusan mereka sebagai 'tidak bermoral'.

Ini kerana pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini lantang menyokong keganasan negara kelahirannya itu ke atas Semenanjung Gaza.

Sebelum masuk sebagai pemain gantian untuk pasukan baharunya, Villarreal, Solomon dicemuh penyokong Los Rojiblancos. 

Video:

 

Advertisement

Must Watch Video