Skip to main content

Bola Sepak

Turkiye mahu FIFA, UEFA gantung Israel

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ma.jpg
Presiden Persekutuan Bolasepak Turkiye, Ibrahim Haciosmanoglu, melakukan desakan secara bertulis kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan UEFA agar menggantung Israel daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa.

Ini susulan badan induk bola sepak Eropah bersama UEFA yang bakal mengadakan sesi undian pada minggu depan mengenai penggantungan Israel daripada menyertai sebarang pertandingan.

"Meskipun meletakkan diri mereka sebagai pembela sivik dan keamanan, dunia sukan dan institusi bola epak telah berdiam diri terlalu lama.

"Berpandukan nilai-nilai ini, kami berasa terdorong untuk membangtkitkan kebimbingan mendalam kami mengenai perkara yang menyalahi undang-undang (dan lebih penting lagi, tidak boleh diterima sama sekali) selepas apa yang dilakukan Israel di Gaza dan Kawasan sekitarnya.


 

"Keadaan ini telah lama dengan desakan, tetapi dalam beberapa hari kebelakangan ni ia telah mencapai tahap mendesak yang baru berikutan campur tangan pelbagai institusi." katanya.

Turkiye antara negara yang giat menyuarakan hasrat itu selepas Sepanyol yang sebelum ini dikhabarkan bersedia menarik diri daripada Piala Dunia 2026 sekiranya Israel menyertai kejohanan itu.

Malah, Amerika Syarikat menjadi negara yang menolak usaha penggantungan Israel meskipun terdapat tekanan politik.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video