Teruja melihat ribuan penonton memenuhi stadium untuk Kejohanan Bola Sepak 'Legend All Stars' empat penjuru, Menteri Pendidikan Tinggi yang juga penaung kejohanan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, mengakui berasa puas hati memandangkan ianya julung kali dianjurkan.
Situasi itu cukup untuk membuktikan siri perlawanan yang penuh nostalgia itu mendapat tempat dalam hati peminat bola sepak tanah air.
Meskipun terdapat beberapa bekas pemain yang sudah lama tidak bermain, komitmen mereka untuk tampil dengan aksi bertenaga di atas padang turut dipuji.
Dr Zambry juga menyokong sekiranya kejohanan ini diteruskan pada masa hadapan dan melihat ianya berpotensi dijadikan acara tahunan khususnya di negeri Perak.
"Kita berpuas hati melihat kehadiran, ramai daripada mereka yang ingin melihat Teknik pemain-pemain negara dan negeri daripada empat negeri ini khususnya.
"Jika diperlukan maka kita perlu pastikan tahap kesihatan dapat disusun dengan baik dan mengambil semua aspek sekiranya perlu diadakan.
"Saya serahkan kepada persatuan bola sepak dan kelab veteran yang mewakili negeri berkenaan." tambahnya.