Skip to main content

Bola Sepak

Piala Dr Zambry Abd Kadir: Khalid Jamlus ulas senario bola sepak Perak-Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

khalid-jamlus.jpg
Bekas penyerang Sang Seladang, Khalid Jamlus, menggunakan peluang yang ada dengan sebaik mungkin untuk bangkit semula dan kembalikan zaman kegemilangan bola sepak Perak yang mengesahkan penyertaan dalam Liga A1 Semi-Pro musim baru ini.

Mengakui proses pemulihan pasukan akan mengambil masa yang lama, namun Khalid yakin ini merupakan titik permulaan, dan pelan pembangunan semula pastinya telah dirancang rapi oleh pegawai dan barisan kejurulatihan yang baru.

"Walaupun terpaksa bermula dari bawah. 

"Ini satu permulaan -- ketika menyelubungi masalah pasukan bola sepak Negeri Perak -- untuk serba-serbi demi masa akan datang yang lebih baik.

"Saya mengharapkan Perak akan kembali ke Liga Super pada suatu hari nanti," katanya.

Khalid yang ditemui dalam Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir turut mengulas mengenai potensi Harimau Malaya dalam Kumpulan B, Piala CAFA yang disifatkan mampu sekurang-kurangnya memperoleh satu kemenangan.

"Peter Cklamovski seorang jurulatih yang berpengalaman. 

"Ini satu platform yang sangat bagus kerana ketua jurulatih akan meninjau keberkasan setiap pemain yang diberikan peranan masing-masing.

"Pemain akan menimba ilmu yang bagus dan memperkuatkan permainan individu sebagai persediaan menghadapi kelayakan Piala Asia.

"Saya harap mereka balik dengan membanggakan nama negara. 

"Saya mengharapkan kemenangan atau setidak-tidaknya seri.

"Saya sebagai bekas pemain dan peminat pasukan kebangsaan berharap mereka akan kembali dengan keputusan yang baik. 

"Itu akan menambahkan lagi keyakinan rakyat Malaysia," katanya. 


 

Advertisement

Must Watch Video