UKM FC 5 SARAWAK 1
Lima gol daripada Ijezie Michael Chukwubunna membuat UKM FC tersenyum lebar dengan kemenangan besar 5-1 ke atas Sarawak dalam aksi pembukaan Kumpulan A, Piala Cabaran di Stadium Selayang, petang tadi.
Kedua-dua pasukan turun dengan hanya kekuatan dua import, namun aksi ditampilkan UKM dan Sarawak tetap menghiburkan serta menampilkan permainan terbuka.
Tuan rumah sudah di depan seawal minit keempat selepas bola muntah yang mengenai benteng berjaya disudahkan penyerang import, Chukwubunna.
Namun, kelebihan UKM hanya bertahan lima minit apabila Sarawak menemui gol penyamaan sebaik hantaran Muhd Muzaimir Abdul Hadi disudahkan Dzulzazlan Ibrahim yang keseorangan di depan gawang UKM.
Nafsu UKM nyata sukar disekat sebaik babak kedua bermula, dengan jaringan kedua berjaya dicipta sekali lagi melalui Chukwubunna yang menerima umpanan Mohd Irwan Syazmin.
Kegagalan penjaga gol, Mohd Firdaus Mohamed, membendung asakan Chukwubunna membuka ruang kepada bekas penyerang MISC-MIFA itu mencipta jaringan hatrik pada minit ke-55.
Chukwubunna terus menjadi watak pemusnah pelawat melalui gol keempat hasil tandukan mudah di depan gawang pada minit ke-58 sebelum dia mencipta nama selaku penjaring kelima UKM serta peribadinya, empat minit kemudian untuk kedudukan muktamad.
"Saya tidak jangka boleh mendapat jaringan sebanyak ini sebab kita tahu Sarawak juga adalah pasukan yang baik berdasarkan pertemuan dalam liga.
"Peluang adalah 50-50, cuma kami sampaikan kepada pemain apa yang patut kami lakukan pada petang ini," kata penolong jurulatih UKM, Juzaili Samion.
"Ia mengecewakan kerana kami mempunyai peluang yang baik dalam separuh masa pertama. Mereka juga kelihatan baik dalam separuh masa kedua," kata jurulatih Sarawak, Ian Gillan.