TFC II 3 UKM FC 3
Terengganu FC (TFC) II terlepas peluang merampas kedudukan teratas Kumpulan A, Piala Cabaran selepas terikat 3-3 dengan UKM FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.
Meskipun dicemaskan rembatan kencang penggempur pelawat, Michael Ijezie, dalam kotak penalti pada minit ketiga yang tersasar, TFC II memperkemaskan rentak selepas itu.
Hasilnya pada minit ke-19, lambungan Bruno Junichi Suzuki disambar Mohammad Haidhir Suhaini yang melakukan voli menarik untuk meletakkan TFC II satu gol di depan.
Tuan rumah terus ceria apabila giliran Suzuki membuat penyudah kemas menewaskan Muhamad Nor Haziq Mohd Aris buat kali kedua pada minit ke-39.
Suzuki berpeluang menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga pasukannya melalui larian solo memasuki kotak penalti pada minit ke-44, namun Nor Haziq tangkas menyelamatkan situasi satu lawan satu tersebut.
Seminit selepas rehat, UKM FC dihadiahkan sepakan penalti akibat kekasaran ke atas Se-in Nam dan disempurnakan Ijezie -- jaringan kelapannya dalam tiga aksi Piala Cabaran tahun ini.
Pelawat terus bersemangat dan menyamakan kedudukan menerusi pemain sayap, Mohd Irwan Syazmin Wahab, selepas mudah memyambar bola muntah percubaan Se-in Nam pada minit ke-56.
Se-in Nam kemudian hampir memberikan kemenangan dramatik UKM FC dengan gol pada minit ke-89 tetapi Akanni Sunday menyelamatkan maruah TFC II menjadikan kedudukan 3-3 pada masa kecederaan.