Pemangku ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) II, Tengku Hazman Raja Hassan, tidak mahu terlalu mendabik dada walaupun berjaya memastikan situasi pasukan itu berubah dalam saingan Piala Cabaran selepas kekal dengan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan Kumpulan A.
Dalam saingan Liga Perdana, TFC II mengakhiri cabaran di tangga tercorot dan bakal beraksi dalam Piala FAM, musim depan.
Namun, sejak Tengku Hazman menggantikan tempat Mustaffa Kamal Abdul Wahab, TFC II menjadi pasukan berbeza, malah muncul antara pencabar dalam saingan Piala Cabaran.
Beliau melihat keputusan memberikan peluang kepada sebahagian pemain muda menjadi punca mengapa TFC II kembali bernafsu di atas padang.
"TFC II menampilkan persembahan yang positif sejak tiga perlawanan yang lepas. Saya menurunkan barisan pemain muda dan mereka berjaya menghasilkan keputusan yang baik," katanya.
Berdepan UKM, tugas berat menanti Tengku Hazman ekoran ketiadaan Andre Jean Baptiste yang mendapat panggilan skuad Haiti selain kecederaan Shahrin Sapien dan Muhd Firas Tarmizi.
Dengan aksi terakhir di Kuala Terengganu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 3-3, beliau menjangka satu lagi pertempuran sengit bakal berlaku petang ini.
"Saya mengingatkan kepada pemain-pemain bahawa perlu berwaspada dengan kebolehan yang dimiliki UKM dan mahu memastikan TFC II mempamerkan prestasi terbaik," tambahnya.