Bermain secara mudah dan menang, itu falsafah bola sepak yang diterapkan pemangku ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) II, Tengku Hazman Raja Hassan, selepas pasukannya mempamer peningkatan mendadak di pentas Piala Cabaran dengan menjadikan UKM FC sebagai mangsa terbaru, petang semalam.
TFC II mempamer rentak penuh berdisiplin dalam perlawanan keempat Piala Cabaran dengan menumpaskan UKM FC 3-1 di Stadium Selayang bagi bergelar pendahulu Kumpulan A.
Biarpun hanya mendapat 36 peratus penguasaan bola, kejayaan memperoleh jaringan menerusi serangan balas sudah cukup membantu TFC II.
Menurut Tengku Hazman, beliau tidak memiliki sebarang kuasa ajaib di sebalik perubahan yang dipamer pasukannya kecuali pemain-pemain memahami setiap arahan diberikan.
"Saya menyedari pasukan tidak pernah bermain pada waktu petang. Saya menasihatkan pemain supaya bermain mudah dan cuba menyimpan tenaga," kata Tengku Hazman.
UKM FC pula menerima pengajaran di sebalik kekalahan itu selain melihat gol ketiga dijaringkan pelawat pada minit ke-65 oleh Akanni Sunday Wasiu telah mengendurkan semangat mereka untuk bangkit.
"Selepas Akanni menjaringkan gol, TFC II mula mempamerkan permainan bertahan dan menyukarkan kami mencipta jaringan," kata ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussein.