Skip to main content

Bola Sepak

Piala Cabaran peluang TFC II pulih maruah

tengku-hazman.jpg
Menyedari tugas berat menantinya, penolong jurulatih Terengganu FC (FC) II, Tengku Hazman Raja Hassan, enggan meletakkan sasaran tinggi dalam aksi Piala Cabaran.

Dilantik membimbing pasukan itu susulan pengguguran Mustaffa Kamal Abdul Wahab, Tengku Hazman mengakui masa terlalu singkat untuknya melakukan perubahan drastik ke atas TFC II.

Sebaliknya, bekas ketua pasukan skuad kebangsaan itu berikrar membaiki kelemahan ketara dalam pasukan itu selepas aksi suram dalam Liga Perdana musim ini.

"Kami sebagai satu pasukan akan cuba memperkemaskan rentak dan corak permainan.

"Tetapi untuk perubahan taktikal yang ketara, saya kesuntukan masa," ujarnya.

Berkunjung ke Paroi dalam aksi pembukaan, malam esok, Tengku Hazman berkata dia tidak mahu memberi tekanan kepada pemain-pemain dengan mengambil kira status Negeri Sembilan selaku pasukan Liga Super.

Menyifatkan lawan sebagai pasukan pilihan, jurulatih berusia 41 tahun itu berkata TFC II berdepan laluan berliku dengan Sarawak serta UKM FC akan turut menjadi lawan peringkat kumpulan.

"Rekod TFC II berdepan Sarawak tidak begitu baik. Walaupun menang dua kali ke atas UKM, kami tidak boleh memandang mudah tentangan mereka.

"Kami akan menghadapi satu demi satu perlawanan dan berusaha melepasi peringkat kumpulan," ujarnya.

 

Advertisement

Must Watch Video