KELANTAN UNITED 7 KELANTAN FC 0

Kelantan United menambah aib Kelantan FC musim ini dengan kemenangan 7-0 sebentar tadi.


Enam pemain mencetak nama selaku penjaring dalam pertemuan suku akhir pertama Piala Cabaran itu selepas pemain import, Dominik Balic, membuka tirai gol pada minit ke-9.

Selepas itu, seorang lagi pemain import, Ismaheel Akinade, menambah derita 'pelawat' untuk menutup separuh masa pertama dengan 2-0.

Selepas permainan bersambung, gawang skuad kendalian Alfredo Vera itu dirobek tanpa belas kasihan oleh musuh setempat termasuk dalam Liga Super berkenaan menerusi penyudah Indra Putra Mahayuddin, Faiz Nasir, S Sharvin selain dua jaringan pantas Royizzat Daud dalam tempoh dua minit.




Justeru, tugas berat menanti The Red Warriors dalam aksi timbal balik di Stadium Muhammad IV dalam tempoh dua minggu lagi.

Sementara itu, PDRM beroleh kemenangan 2-1 ketika bertemu pencabar daripada Liga M3, Kuala Lumpur Rovers.