Skip to main content

Bola Sepak

Piala Cabaran: Kelantan masih berpeluang ke separuh akhir

img_3335.jpg
Kelantan memilih jalan sukar ke separuh akhir Piala Cabaran apabila tumpas 2-0 kepada Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Lebih mengecewakan, kekalahan itu hadir selepas seminggu skuad The Red Warriors (TRW) mencipta kejutan menumbangkan Sarawak 3-0 di Kuching.

Pengurus TRW, Datuk Azman Ismail, akur dengan kekalahan kedua tersebut sambil menyifatkan pemainnya beraksi di bawah kemampuan sebenar.

"Selain itu, kami tidak mempunyai seorang jeneral padang yang mampu memberi arahan ketika pasukan diasak dan hilang punca.

"Saya harap kekalahan di gelanggang sendiri ini menjadi pengajaran berguna kepada pemain muda Kelantan untuk belajar dan bangkit semula dengan lebih kuat," ujarnya.

Azman juga menganggap peluang ke separuh akhir masih terbuka kepada TRW biarpun terpaksa menghadapi  Johor Darul Ta'zim (JDT) II dalam aksi terakhir Kumpulan A.

"Peluang tetap ada. Bagi saya, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak. Dalam perlawanan pertama di Kota Bharu, kami mampu memberi saingan sengit kepada mereka. Kelantan tidak akan mengalah dan akan bekerja kuat untuk layak ke separuh akhir," tambahnya.

Untuk rekod, kekalahan kepada  Sarawak malam tadi menyaksikan Kelantan kekal di tangga kedua di belakang pendahulu Kumpulan A, JDT II, dengan tiga mata.

Advertisement

Must Watch Video