Perlawanan sengit tersebut menyaksikan PDRM berhempas pulas sebelum jaringan minit akhir permainan menyelamatkan marauh mereka dalam kempen tersebut.
Skuad kendalian K. Devan terlebih dahulu membuka jaringan menerusi G. Durrkeswaran pada minit ke-25 dan keputusan kekal 1-0 menuju rehat separuh masa.
Azim Rahim kemudiannya menggandakan kelebihan buat Melaka selepas menyempurnakan penalti untuk kedudukan 2-0.
FT’ | The comebacks continues! All to play for in the 2nd leg! ?
— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) December 10, 2024
??♂️ 2 - 2 ? | #pdrmmel | #MFLChallengeCup2024-25 pic.twitter.com/HOMqgYiIke
Berselang lima minit kemudian, Hadi Fayyadh Abdul Razak pantas merapatkan jurang untuk menghidupkan semula semangat skuad bimbingan P. Maniam.
Tanpa di sangka-sangka, jaringan Fakhrul Azim hadir menyamakan kedudukan 2-2, sekali gus mengakibatkan peluang masih terbuka buat kedua-dua pasukan menjelang aksi timbal balik, akhir bulan ini.