Hasrat Johor Darul Ta'zim II (JDT II) untuk membalas kekalahan dalam pertemuan sebelum ini terlaksana setelah menumbangkan ATM FA 2-0 dalam aksi keempat peringkat kumpulan Piala Cabaran di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.
Aksi cemerlang yang dipamerkan bekas tonggak kebangsaan, Amirulhadi Zainal, memberikan kelebihan buat JDT II apabila membuka ruang buat Mohamad Khairullah Abdul Halim menyumbat gol pertama dalam babak pertama sebelum dia mengesahkan kemenangan menerusi jaringan kedua sebelum rehat.
JDT II tewas 2-1 dalam aksi di Selayang, Rabu lalu, namun pasukan bimbingan Ervin Boban itu jelas menyimpan hajat untuk membalas dendam di laman sendiri dan ia dibuktikan ketika permainan berusia 23 minit.
Amirulhadi yang bijak mencari ruang di sebelah kiri, ternyata memerangkap benteng pelawat sebelum dia melakukan hantaran leret untuk disudahkan Khairullah menewaskan penjaga gol, Mohd Hafizuddin Azuhar.
Belum sempat ATM mencari gol penyamaan, anak-anak buah Boban sekali lagi menghukum kealpaan barisan pertahanan lawan, kali ini menerusi tandukan Amirulhadi.
Gerakan lincah yang dihasilkan pemain import, Nicolas Fernandez, dari sebelah kanan telah memperdayakan tiga pemain lawan sebelum hantaran lintangnya disambut pemain berusia 32 tahun itu dengan lonjakan tinggi dan tandukan untuk mengesahkan kemenangan 2-0 buat tuan rumah.
"Saya gembira. Sebelum perlawanan, saya memberitahu pemain-pemain bahawa ia akan menjadi cabaran sukar. Pasukan lawan adalah satu skuad yang disusun dengan kemas.
"Saya juga menegaskan jika kami mempamerkan komitmen terbaik, keputusan positif akan diraih. Diharapkan momentum ini dapat diteruskan," kata Boban.
"Apa yang saya rancang tidak menjadi. Banyak kesilapan yang perlu diperbaiki, terutama bagaimana untuk mengurangkan kesalahan itu," ujar pengendali ATM, Suhaimi Ishak.
Kemenangan itu membolehkan JDT II terus menerajui Kumpulan B dengan sembilan mata sambil diekori ATM di tangga kedua dengan enam mata.
UiTM FC dan Pulau Pinang berkongsi tiga mata di tangga ketiga dan keempat selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi di Shah Alam.
Kredit foto: Facebook Johor Southern Tigers