Skip to main content

Bola Sepak

Piala Cabaran: JDT II mula langkah kanan

jdt-sarawak.jpg
JDT II 3 SARAWAK 1 

Johor Darul Ta’zim II (JDT II) memulakan kempen Piala Cabaran dengan langkah kanan apabila mengalahkan Sarawak 3-1 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, sebentar tadi.


Bagaimanapun, Sarawak melakukan kejutan awal dengan membuka tirai jaringan seawal minit keenam menerusi jaringan Nor Azizi Ramlee sebelum​​​​​ Nicolas Fernandez menyamakan kedudukan pada minit ke-26 apabila dengan pantas menanduk masuk hantaran silang  Muhammad Fazly Mazlan.

Dalam masa kecederaan babak pertama, JDT II sempat menambahkan satu lagi jaringan melalui Rozaimi Abdul Rahman untuk mendahului 2-1.

Dalam babak kedua, perlawanan berlangsung lebih getir apabila banyak percubaan dihasilkan oleh JDT II, namun hanya pada minit-58, gol ketiga pasukan itu hadir menerusi Mohammed Ghaddar.

-- BERNAMA  

Advertisement

Must Watch Video