Skip to main content

Bola Sepak

Piala Belia: Skuad B-19 Sabah terus malang

sabah-b-19.jpg
Skuad B-19 Sabah terus dirundung malang apabila mengalami kekalahan kelima berturut-turut dalam saingan Piala Belia, petang tadi. 

Skuad muda Tambadau itu dikecewakan Selangor 1-2 dalam saingan kumpulan B di Stadium Penampang.

Pasukan pelawat bermula garang pada awal permainan dan berjaya memperoleh jaringan pertama pada minit ke-11 menerusi Sharvin Selvakumaran. 

Lima minit kemudian, Selangor menambah gol kedua menerusi Muhammad Husni Idrus yang tenang melakukan rembatan bagi menewaskan penjaga gol Sabah, Mohd Azlizan Mohd Azlan.

Tersentak dengan jaringan itu, tuan rumah kemudian berusaha untuk merapatkan jurang menerusi beberapa serangan dan akhirnya memperoleh gol pada minit ke-18 menerusi Mohd Faqrul Idris, yang menanduk masuk sepakan percuma Mohd Sahrizan Saidin. 

Kedua-kedua pasukan gagal mencetak sebarang gol dalam babak kedua untuk keputusan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan. 

Keputusan itu juga menyaksikan Sabah jatuh ke tangga tercorot kumpulan B selepas hanya mengutip tiga mata daripada tujuh perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video