Skuad bawah 19 tahun Sabah menundukkan Kuala Lumpur 1-0 dalam aksi Kumpulan B Piala Belia di Stadium Penampang, petang tadi.
Gol tunggal Sabah dijaringkan Arius Dius Jais menerusi tandukan pada minit ke-56 untuk mencapai hasrat mereka mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan itu.
Skuad bimbingan Awang Sabtu Jamil itu sepatutnya boleh meraih kemenangan lebih besar tetapi banyak peluang keemasan dimiliki mereka, terutama pada babak pertama, gagal diterjemahkan.
Sementara itu, Kuala Lumpur pula hanya sekali mencemaskan gawang Sabah menerusi sepakan percuma Muhammad Faizal Hafiq Omar yang memaksa penjaga gol, Joslan Aping, melayangkan badan untuk menepis bola keluar.
Awang ketika ditemui berkata dia tetap berpuas hati dengan keputusan itu walaupun sekadar mencatat kemenangan tipis.
"Memang penyudah pasukan belum begitu berkesan tetapi kalau dapat satu gol pun memadai jika ia memberikan mata penuh kerana itu lebih penting.
"Bagaimanapun, selepas ini, saya akan terus memberi tumpuan untuk mempertajamkan tindakan penyudah," katanya.
Kemenangan itu juga menyaksikan Sabah naik dua anak tangga ke tempat keempat, kedudukan yang menjadi buruan mereka sebelum ini.
Sabah kini mengumpul 18 mata tetapi mempunyai kelebihan jaringan berbanding pasukan bawah 16 tahun SSTMI yang turut mengumpul 18 mata.
"Tugas seterusnya adalah untuk mengukuhkan kedudukan. Kalau boleh, kami kejar lagi pasukan yang di atas," tambah Awang.
Skuad muda Sang Badak itu kini hanya dijarakkan satu mata dengan Selangor di tempat ketiga dan dua mata dengan Kuala Lumpur di tangga kedua sementara Felda United kekal di tangga teratas dengan 26 mata.
Sabah akan meneruskan cabaran mereka menentang Perak, juga di Stadium Penampang, Ahad ini.