Skip to main content

Bola Sepak

Piala Belia: Anizan mahu pemain terus kekal fokus

kel.jpg
Ketua jurulatih Piala Belia Kelantan, Anizan Daud, mahu anak buahnya terus fokus dan tidak mudah dibuai perasaan puas hati biarpun sudah melakar dua kemenangan berturut-turut dalam saingan liga musim ini.

Katanya, perjalanan liga masih panjang dan banyak kelemahan yang perlu dibaiki jika The Young Warriors (TYW) mahu melangkah jauh dalam saingan kali ini.

"Fokus adalah kunci utama jika kita mahu melangkah lebih jauh dan saya amat berharap barisan pemain tidak mudah leka dengan permulaan yang sangat baik ini.

"Sikap cepat berpuas hati dan memandang rendah kepada pasukan lawan perlu dielakkan kerana mampu menghancurkan segala taktikal yang dirancang," ujarnya.

Anizan yang juga bekas pemain kebangsaan dan Kelantan era 80-an, mengakui dua kemenangan yang direkodkan ke atas Pahang (2-1) dan Kedah (1-0) memberi motivasi tambahan kepada pemainnya.

"Alhamdulillah, dua kemenangan berturut-turut ke atas pasukan pilihan menambah keyakinan pemain kepada kemampuan dan semangat sepasukan yang ada," tambahnya.

Anizan juga berharap dapat melepasi sasaran awal Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang mahukan TYW berada dalam empat kedudukan teratas dalam saingan Piala Belia edisi ini.

"Insya-Allah, misi itu tampak mampu dilaksanakan jika semua pemain memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan tanpa mudah menyerah kalah," katanya.

Kredit Foto: Kelantan FA

Advertisement

Must Watch Video